VISI
Memartabatkan
buku teks SPBT sebagai buku rujukan utama
pelajar SM. St. Martin.
MISI
Mendidik
pelajar Sm St Martin menjaga dan menggunakan buku teks SPBT.
.
MOTTO
: ‘ BUKU TEKS SEBAGAI PELITA ILMU’
OBJEKTIF
Memperbaiki pengurusan Skim
Pinjaman Buku Teks SM. St. Martin dan mewujudkan Bilik SPBT yang selesa,
tersusun dan cantik.
MATLAMAT
- Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan SPBT.
- Mengurus Bilik Operasi SPBT sekolah (BOSS).
- Menyediakan permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat dan benar.
- Mendapatkan dan merumus data enrolmen murid dan murid layak SPBT daripada jawatankuasa kelayakan SPBT Murid.
- Menyelaras pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT muris melalui guru penyelaras/guru tingkatan.
- Mengurus dan mengemaskini semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerja sama ahli jawatankuasa SPBT sekolah.
- Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar berpandukan penyata BTBT 460.
- Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani SAP/invois atau nota serahan.
- Mengurus penggantian buku teks SPBT yang diterima dalam keadaan rosak darpada penerbit atau yang dirosakkan/dihilangkan oleh murid.
- Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit dan yang disimpan di dalam BOSS serta yang di tangan murid.
- Memastikan buku teks SPBT dicap dengan menggunakan cap SPBT sekolah dan mencatatkan tarikh penenrimaannya serta diberikan nombor perolehan.
- Mengurus pelupusan buku teks dari semasa ke semasa atau mengikut masa yang ditetapkan oleh PPG/PPD/PPDK/JAIN/JPN.
- Melaporkan kepada guru penolong kanan HEM sebarang masalah berkaitan dengan SPBT
- Merancang dan mengurus baik pulih buku SPBT.
- Menjadi penasihat Kelab SPBT sekolah.